Berita

Jom turut serta dalam Program Infaq Bumbung Surau dalam usaha menukar bumbung tempat 
wudhuk yang usang kepada  baru.  Anda boleh juga salurkan sumbangan tunai ke dalam
tabung statik yang disediakan mengikut kadar kemampuan masing-masing.  Ayuh teruskan amal ... 

 



***********************************************************

Pengumuman: Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Biro Khairat Kematian Masjid Raja Muda Musa Semenyih yang baharu ialah Tuan Haji Azizman mulai 1 Januari 2023. Beliau boleh dihubungi melalui nombor berikut +6012364 2762. Sehubungan dengan itu kepada ahli kariah dipohon agar mengambil maklum di atas perubahan ini.  Sekian, terima kasih.

TempohAhli Jawatankuasa Dilanjuutkan Sehingga 2023   

***********************************************************

PENCERAHAN TUNTUTAN PENGURUSAN JENAZAH AHLI KHAIRAT KEMATIAN,  MRMM

1.0       AHLI BARU

- tempoh matang adalah tiga (3) bulan selepas tarikh pendaftaran.  sekiranya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga dalam tempoh kurang daripada tiga bulan (3),  anda tidak layak membuat tuntutan khairat kematian tersebut.

2.0       AHLI LAMA
2.1 yang mempunyai baki yuran tertunggak, anda perlu menjelaskan tunggakan terlebih dahulu dan yuran tahun semasa untuk memohon tuntutan secara automatik

2.2 sekiranya anda hanya membayar yuran untuk tahun semasa tanpa menjelaskan tunggakan, dianggap sebagai ahli baru.  Anda perlu mengisi borang keahlian semula dan statusnya sama seperti 1.0 di atas


Sebarang tuntutan dan pertanyaan lanjut boleh dibuat kepada;

Unit Khairat Kematian
Masjid Raja Muda Musa (MRMM)
43500 Semenyih.


Sekian, harap maklum.

***********************************************************





Hakcipta © 2023.2019/ 2018/2017 Surau Al Ehsan Tmn Sri Haneco, Semenyih
Kemaskini 2 Februari 2024