Surau Al-Ehsan turut menyediakan Tabung Kebajikan dan Sosial bagi membantu ahli kariah yang kurang berkemampuan. Tabung tersebut diletakkan di sudut luar Surau Al Ehsan. Bagi sesiapa yang mempunyai kelebihan rezeki diharap dapat memberikan sumbangan di tabung tersebut.
Proses penilaian pengagihan dana dilakukan oleh Ahli Jawatan Kuasa Surau bagi memastikan wang sumbangan diberikan kepada pihak yang benar benar memerlukan. Jumlah sumbangan dan penerima tersebut dibuat berdasarkam jumlah kutipan tabung tersebut. Semoga Allah memberkati kita semua dengan usaha kecil ini.
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .”
(HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Barangsiapa meringkankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringkan dirinya di dunia mahupun di akhirat ,”
( HR Muslim )
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En Muhammad Munir bin Ahmad (No. Tel : 012-674 9247)
Penyediaan Tabung Kebajikan untuk para jemaah menyumbang kepada dana bantuan kepada ahli kariah yang memerlukan. Kutipan sumbangan daripada jemaah akan dikumpulkan setiap minggu. Majlis penyerahan sumbangan barangan keperluan biasanya dilakukan pada hari Ahad terakhir hujung bulan mulai jam 5.30 petang.
En. Muhaammad Munir Bin Ahmad